Posts

Showing posts from September, 2017

Kelemahan Peta Minda

Walaupun Peta Minda seringkali dikaitkan dengan penggunaanya yang efektif, tetapi pada masa yaang sama Peta Minda juga terdapat beberapa kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, kelemahan yang berlaku boleh diatasi dengan pelbagai cara.             Kelemahan yang boleh dilihat ialah, Peta Minda mempunyai rujukan yang terhad. Hal ini kerana, Peta Minda hanya menggunakan kata kunci sebagai panduan. Perkara ini amat merunsingkan sekiranya diaplikasikan kepada individu yang mempunyai masalah dalam proses pembelajaran kerana dikhuatiri mereka tidak memahami isi atau kata kunci yang disampaikan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh kurangnya huraian yang boleh dilakarkan di dalam Peta Minda. Penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa mengetahui keadaan dan kondisi seseorang individu tersebut. Contohnya, sekiranya hendak membuat sebarang pembentangan yang melibatkan individu yang mengalami masalah pem...

Kekuatan Peta Minda

Peta Minda merupakan suatu medium pembelajaran yang paling efektif untuk digunakan dalam proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, Peta Minda tidak semestinya digunakan uleh golongan normal tetapi Peta Minda juga boleh diaplikasikan terhadap proses pembelajaran golongan kurang upaya (OKU). Senario ini dapat dibuktikan dengan jelas di mana, seorang pensyarah kanan di IAB, Audrey Lim Bee Yoke yang ditemui wartawan KOSMO! pada kursus yang turut dihadiri oleh Tony Buzan menjelaskan bahawa beliau telah mencuba sebahagian daripada aspek integrasi Peta Minda dan amat berfungsi terhadap kedua-dua belah otak anak autistiknya.             Selain daripada itu, kaedah Peta Minda yang menggalakan seseorang individu itu mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan individu tersebut dengan bebas mencatat ke semua arah. Hal ini boleh menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan kerana, Peta Minda dapat memaksimum kan penggunaan otak untuk meng...

Apa itu 'Peta Minda' ?

PETA MINDA   Peta minda merupakan salah satu medium pembelajaran berkesan yang terdapat dalam kategori alat-alat berfikir. Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh pendidik seperti guru, jurutera dan pakar psikologi. Sebelum terbentuknya Peta Minda, penggunaan Peta Konsep dahulunya telah dibangunkan oleh sekumpulan pakar pembelajaran pada zaman 60-an. Walaupun Peta Minda seakan-akan menyerupai Peta Konsep, tetapi penggunaan Peta Minda adalah lebih berkesan. Hal ini kerana, Peta Minda adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci pada pusatnya.                         Tony Buzan adalah perintis kepada penciptaan Peta Minda, alat berfikir yang paling berkuasa pada abad ini. Menurut petikan akhbar KOSMO! Yang bertarikh 22 Mac 2010, ...