Apa itu 'Peta Minda' ?
PETA MINDA
Peta minda merupakan salah satu medium
pembelajaran berkesan yang terdapat dalam kategori alat-alat berfikir. Peta
minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan
fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh pendidik
seperti guru, jurutera dan pakar psikologi. Sebelum terbentuknya Peta Minda, penggunaan
Peta Konsep dahulunya telah dibangunkan oleh sekumpulan pakar pembelajaran pada
zaman 60-an. Walaupun Peta Minda seakan-akan menyerupai Peta Konsep, tetapi
penggunaan Peta Minda adalah lebih berkesan. Hal ini kerana, Peta Minda adalah
lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci pada pusatnya.
Tony
Buzan adalah perintis kepada penciptaan Peta Minda, alat berfikir yang paling
berkuasa pada abad ini. Menurut petikan akhbar KOSMO! Yang bertarikh 22 Mac 2010, populariti Buzan mula meletup
sekitar 1970-an selepas beliau memperkenalkan teknik Peta Minda menerusi buku
pertamanya, ‘Use Your Head’,
Hakikatnya, Peta Minda lahir daripada pengalaman beliau sendiri di mana pada
waktu itu Buzan tertarik dengan imagiansi luar biasa seorang kanak-kanak yang
baru berusia empat tahun. Senario ini mula tercetus apabila kanak-kanak
tersebut mula berimaginasi agar tren yang dinaikinya pada waktu itu bergerak
pada kelajuan luar biasa sehingga mampu masuk ke hari esoknya. Tetapi malangnya,
imaginasi kanak-kanak tersebut telah disangkal oleh ibunya. Buzan berpendapat
bahawa beliau amat kagum dengan krediabiliti khayalan si kecil tersebut. Hal
ini kerana, beliau percaya setiap anak memiliki kebijaksanaan yang tersendiri
yang boleh diasah dan lazimnya bermula daripada khayalan.
Peta
Minda lazimnya bermula dengan satu imej di tengah-tengah kertas sama ada
menggunakan lakaran tangan mahupun perisian komputer. Daripada imej tengah atau
konsep pusat, ia akan memancar keluar seakan-akan cabang pokok ataupun urat-urat darah yang mengalir daripada
jantung. Cabang-cabang atau urat-urat itu melambangkan apa yang terkandung
dalam pemikiran seseorang individu itu. Selain daripada itu dengan adanya
elemen berwarna dan grafik seperti imej, perkara ini menjadikan Peta Minda
lebih baik untuk menguatkan daya ingatan terhadap otak dan amat efektif untuk
mencatat nota ringkas
Comments
Post a Comment