Kelemahan Peta Minda
Walaupun Peta Minda
seringkali dikaitkan dengan penggunaanya yang efektif, tetapi pada masa yaang
sama Peta Minda juga terdapat beberapa kekurangan dan kelemahannya yang
tersendiri. Walaubagaimanapun, kelemahan yang berlaku boleh diatasi dengan
pelbagai cara.
Kelemahan yang boleh dilihat ialah, Peta Minda mempunyai
rujukan yang terhad. Hal ini kerana, Peta Minda hanya menggunakan kata kunci
sebagai panduan. Perkara ini amat merunsingkan sekiranya diaplikasikan kepada
individu yang mempunyai masalah dalam proses pembelajaran kerana dikhuatiri
mereka tidak memahami isi atau kata kunci yang disampaikan. Perkara ini berlaku
disebabkan oleh kurangnya huraian yang boleh dilakarkan di dalam Peta Minda.
Penyelesaian yang boleh dilakukan adalah dengan sentiasa mengetahui keadaan dan
kondisi seseorang individu tersebut. Contohnya, sekiranya hendak membuat
sebarang pembentangan yang melibatkan individu yang mengalami masalah
pembelajaran, pembentang seharusnya melengkapkan Peta Minda yang dilakar dengan
huraian yang jelas dan mencukupi.
Selain daripada itu, Peta Minda juga tidak tersusun
bentuk fizikalnya. Senario ini boleh dilihat dengan jelas sekiranya dilakukan
perbandingan terdapat susun atur Peta Minda dan pemetaan i-think. Hal ini kerana,
secara fizikalnya pemetaan i-think dilihat lebih tersusun dan sistematik
manakala Peta Minda agak tidak tersusun kerana cabang-cabang yang dilakukan
bagi melakar setiap idea daripada pusat konsep. Penyelesaian yang boleh
dilakukan terhadap masalah ini adalah dengan sentiasa berhati-hati dalam
pemilihan grafik dan font supaya Peta Minda yang dilakar lebih kemas dan
tersusun. Bukan itu sahaja, di dalam melakar Peta Minda seseorang itu juga
digalakkan untuk tidak cenderung membuat cabang-cabang bagi penulisan idea
dengan terlalu padat kerana dikhuatiri akan mencacatkan kualiti Peta Minda
tersebut.
Oleh yang demikian, disarankan agar setiap individu yang
ingin mencipta Peta Minda agar berhati-hati dan teliti agar Peta Minda yang
dihasilkan mampu member impak positif dan manfaat terhadap perkembangan ilmu
penulis dan juga orang lain.
Comments
Post a Comment