Kekuatan Peta Minda
Peta Minda merupakan suatu medium
pembelajaran yang paling efektif untuk digunakan dalam proses pembelajaran.
Bukan itu sahaja, Peta Minda tidak semestinya digunakan uleh golongan normal
tetapi Peta Minda juga boleh diaplikasikan terhadap proses pembelajaran
golongan kurang upaya (OKU). Senario ini dapat dibuktikan dengan jelas di mana,
seorang pensyarah kanan di IAB, Audrey Lim Bee Yoke yang ditemui wartawan KOSMO! pada kursus yang turut dihadiri
oleh Tony Buzan menjelaskan bahawa beliau telah mencuba sebahagian daripada
aspek integrasi Peta Minda dan amat berfungsi terhadap kedua-dua belah otak
anak autistiknya.
Selain
daripada itu, kaedah Peta Minda yang menggalakan seseorang individu itu
mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan individu tersebut dengan bebas
mencatat ke semua arah. Hal ini boleh menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan
kerana, Peta Minda dapat memaksimum kan penggunaan otak untuk mengurus idea.
Peta Minda juga merupakan salah satu alat berfikir yang mudah dirujuk. Rujukan
daripada Peta Minda boleh dilakukan dengan mengimbas kembali atau kembali
berimaginasi terhadap kandungan Peta Minda, kemudian baru merujuk kembali
kepada Peta Minda sekiranya terdapat sebarang kekeliruan ataupun kemusykilan.
Peta
minda juga amat baik digunakan dalam proses pembelajaran pada abad masa kini. Hal
ini kerana, Peta Minda dapat membantu seseorang individu itu mengingat kembali
apa yang dicatat dalam masa yang singkat disebabkan oleh Peta Minda hanya menggunakan kata kunci
sebagai panduan. Perkara ini secara langsung membolehkan individu itu melihat
secara visual dan lebih berkesan. Setiap kali maklumat diimbas kembali daripada
ingatan, Peta Minda membenarkan setiap idea dan maklumat yang terlintas pada
otak dan fikiran dicatat dengan ringkas dan cepat. Perkara ini berlaku kerana
catatan yang dilakukan tidak memerlukan seseorang itu menulis kembali dalam
ayat yang penuh, tetapi hanya mengeluarkan kata kunci yang diingati.
Selain
itu, Peta Minda juga boleh membantu seseorang dalam melakukan tugas
penyelesaian masalah. Senario ini amat berkait rapat dengan proses pembelajaran
pada masa kini yang banyak menerapkan amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) yang umumnya disoal dalam bentuk penyelesian masalah. Dengan penggunaan
Peta Minda, seseorang individu itu dapat mengenal pasti isu-isu dan hubung kait
antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, Peta minda juga dapat membantu
seseorang itu, mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas bagi sesuatu
topik yang dipelajari di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan
kepentingannya.
Di
samping itu juga, Peta Minda amat berkesan sekiranya digunakan dalam aktiviti
pembentangan semasa proses pembelajaran. Hal ini kerana, Peta Minda dapat
membantu seseorang indivudu atau lebih sinonim dikenali sebagai pembentang
untuk menyediakan topik dan urutan yang sistematik semasa ingin membuat
sebarang pembentangan. Peta Minda bukan sahaja membantu dalam mengurus
idea-idea dengan nyata, malah Peta Minda juga memberi satu gambaran menyeluruh
secara visual dalam pemikiran seseorang itu tanpa perlu membuat sebarang
rujukan pada helaian kertas. Perkara ini secara langsung membolehkan pembentang
membincangkan topik pembentangan dengan lebih terperinci berdasarkan
pemahamannya tanpa mmerlukan sebarang bantuan rujukan seperti buku yang
kebiasaanya akan melambatkan masa dan membosankan pendengar. Di samping itu
juga, Peta Minda amat baik untuk digunakan dalam persembahan seperi laporan,
kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.
Bukan
itu sahaja, Peta Minda mampu untuk membantu seseorang itu membuat perancangan
awal terhadap sesuatu perkara. Perkara ini amat penting dititik beratkan dalam
proses pembelajaran kerana dengan membuat sebarang perancangan awal, seseorang
itu akan lebih bersedia dan mahir terhadap apa yang dirangkanya seperti contoh
pelajar kebiasaanya akan membuat perancangan awal dengan membina kerangka
karangan sebelum sebarang penulisan dihasilkan bagi mendapat hasil yang mantap.
Di samping itu juga, dengan penggunaan Peta Minda secara maksimum, seseorang
individu itu akan memperolehi dan mengurus segala maklumat yang berkaitan
dengan mudah dan berkesan. Maklumat yang diperolehi juga akan turut mudah
diaplikasikan dan dihuraikan. Peta Minda juga boleh digunakan untuk merancang
mesyuarat, aktiviti harian dan penulisan majalah.
Comments
Post a Comment